Tuesday, June 28, 2011

Pagi-pagi lagi dah buat salah.

Salam. Haii korang. Selamat pagi! Ahh. Jangan pertikaikan kenapa Izzani bangun awal hari ini. Ape, ingat aku tak berbakat ker dalam aktiviti bangun awal. HAHAH. Takpe lah, aku selalu bangun lambat sebab nak bagi sel-sel badan aku rehat lebih sikit, baru boleh bertenaga dan bermaya. Kau hado? AHAHA. Jahat betul aku, pagi-pagi lagi dah bahan orang. Tak patut. Tak patut. I'm sorry *Dengan gaya Amir Maharaja Lawak.

Tadi.


Alahaii. Pagi-pagi dah buat kesalahan lalu lintas. Walaupun takde uncle polis bermisai lentik, tapi rasa bersalah lah juge. Tolong laah ingatkan aku baru P. Belum komPiten lagi.

Tapi serious, boleh kata semuaaa kereta buat U-turn dekat situ. Sebab U-turn yang sebenar-benar dan hakikinya nuun jauh dalam 500m lagi dekat depan. Siapa nak. HAHA.

Ohh. Aku sedikit sebanyak terpengaruh dengan kereta lain mungkin. *Positive positive.

Tapi, argghhh. Diorang kereta semua stok mahal-mahal, besar-besar, kilat-kilat. Kalau kena saman pun, ade diorang kisah. Takat RM300 duduk celah jari jer. Kalau kau, kena saman, ade kau kisah? Giler ape tak kisah. Mane nak menabung RM300 wehhhh.

So, esok luse tulat tulit, InsyaAllah aku cuba berubah. Nanti dah dapat lesen BESAAARR PUNYAA baru kita buat U-turn dekat situ balik. AHAHA.

Tolong laah pacakkan sign U-turn biru dekat yang merah tuh. Aku sungguh tak suka tempat U-turn yang sebenarnya tuh. Sebab berbukit. Tau kan aku sangat enemy dengan bukit. Sekarang lah baru nak berjinak-jinak, berbaik-baik sikit dengan bukit. Sikit jer lah. Tak banyak. Tunggu kalau bawak auto maybe boleh lah nak baik banyak-banyak dengan bukit. Takat manual, grrrrr, bukit. Kalau tak kena berhenti takpe. Tapi, kalau kena berhenti hampir di puncak bukit itu, grrrrr. bukit. AHAHA!

Kbai!

1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.