Assalamualaikum.
Aku ingat lagi, dulu time sekolah, time jadi @budakbudakhingusan, dalam banyak-banyak aktivitas atau program dekat sekolah, aku paling takut part nie. Part Hari Terbuka, parents kena datang sambil interview cikgu kelas kau tentang perangai kau dekat sekolah dari A sampai Z. Woww. Aku selalu cuak seyhh. Part komen-komen pasal disiplin, sahsiah, akhlak moral dan sebagainya, aku tak berapa kisah sangat, sebab aku yakin cikgu mesti kasi positive punya walaupun aku kadang-kadang bagai murai tercabut ekor dalam kelas. Pok pek pok pek. Asalkan disiplin aku cantik, tak lari sekolah panjat pagar tak pun potong dawai, xde hal lah. Yang aku selalu nervous sangatsangat part report card tuh. Pergghhh. Kalau wujud lah huruf-huruf selain huruf A dalam report card tuh, aku rasa macam nak bakar jer biar report card tuh tak wujud. AHAHA.
Okay. Intro TAMMAT.
Jadi, sekarang ini, aku dah mula galas tanggungjawab makmak dan ayahayah pergi sekolah anak adik ambil report card. Orang cakap ape, timbe pengalaman. Kihkihkih.
Mula-mula, pergi sekolah rendah. Masuklah aku. Dengan sorang dan terkial-kialnye aku dekat situ, aku tak tau mane arah tuju, syukur dianugerahkan sorang budak lelaki tengah duduk dekat tepi kelas. Terus aku sapa beliau, "Adik, kelas 5 Emas dekat mane?". Adik tuh baik, walaupun dari bawah dia hanya halakan jari telunjuk dia ke arah kelas di tingkat 3, at least aku dah tau hala tuju aku sekarang. HAHA.
On the way pergi kelas, ada satu kelompok budak-budak perempuan. Comel. Aku dengar lah diorang bisik-bisik, "Kakak Izzah, kakak Izzah". Dan bila aku lalu, diorang tegur, "Haaaii kakak". Aku lantas melemparkan senyuman yang paling kiut pernah aku ade sambil membalas "Haaaiii :)" ditambah dengan set lambaian tangan sekali. AHAHA!
Sampai kelas Izzah, aku pun duduk. Dah lame tak rasa duduk kerusi kayu sekolah. Sebelah ada sorang pakcik, tengah tunggu turn jugak. Sembang lah dengan beliau. Dia tanya belajar mana, duduk mana, belajar apa, susah tak, assignment macam mane and more more more. HAHA.
Sampai turn aku. Bagi salam dekat cikgu. Dan cikgu pun tunjuk report card dan cakapcakap tentang result, disiplin dan semua sekali laah macam biasa. Alhamdulillah. Overall aku puas hati. Dan takkan lah aku nak senyap jer kan. Aku pun lantas mengasah bakat seperti seorang ibu yang mithali, tanya cikgu, Izzah dalam kelas macam mane, homework dia buat tak?, kebetulan cikgu tuh ajar English, sempat aku tanya, macam subjek English Izzah nie, ape yang die perlu buat lagi? HEHEHE. Amacam? Ade gaya tak aku? HEE.
Okay. Settle sekolah rendah, pergi sekolah menengah. Affiq pulak.
Nie lagi satu, masuk-masuk jer sekolah, budak-budak kawan-kawan Affiq dah tegur, "Hai kak. Datang naik ape?", "Izzani cuti sampai bile?", "Haa. Tuh kak Affiq dekat sane". HAHA. Aku nak jer tanye, akak tak introduce pun lagi akak siape, macam mane yang korang boleh tau akak nie kakak Affiq? plus, kot yer pun korang nak interview akak banyak-banyak, bagi lah tau dulu, mane arah tuju akak nie sepatutnye. Terkial-kial sikit tak tau nak pergi mana. HAHA.
Tiba-tiba ada sorang budak panggil, "Akak, meh duduk sini kak". Sambil aku jalan dekat meja pendaftaran, ada sorang budak lelaki pengawas yang jaga tuh senyum memanjang sampai lah aku duduk. Lantas aku cakap, "AHAHA. Apesal yang Alif nie senyum tak habis-habis nie?". HAHA. Aku kenal dia. Tuh kawan baik Affiq. Tuh yang dia mengada senyum lama-lama tuh. HAHA.
Masuk dewan, aku interview cikgu dengan gaya ibu-to-be aku (hihi), dan settle.
Pergi kantin makan. Tiba-tiba datang lah budak-budak yang tak puas nak interview tadi tuh dan lepak lah bersama aku, Affiq dan Izzah. Semua set budak-budak pengawas baju biru dengan tie jer kan. HAHA.
Sembang-sembang, loya-loya buruk sikit dengan diorang, gelak-gelak kenakan orang ape semua, gosip-gosip sikit dengan budak-budak tuh semua. Dan balik.
HAHA. Korang-korang buat akak perasan tiba-tiba jadi hot-setuff lah pulak *tangan di bahu, mata ke atas*. Hot-setuff laah sangat. Padahal dah tua. AHAHA. Tapi actually, aku nak bagi tau korang, layan budak-budak memang best. Sebab apa, sebab diorang jarang serious, so, rasa macam tak payah nak fikir banyak bila sembang dengan diorang. Serious cakap.
Sekian sahaja hari mengambil report card. Alhamdulillah, aku berpuas hati. Kbai! :)
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.