Nampak sangat selalu tidur balik lepas Subuh. Aihh. Teghukk. HAHA
Lagi satu, sebab hari nie aku ade tugas kena teman dan bantu makcik aku pergi hospital sebab beliau demam. Dah dalam kereta pun still kitorang keliru lagi, nak pergi klinik jer ker, Gleneagles ker sebab ade panel or nak pergi HKL jer. Last-last pening-pening decide pergi HKL jer lah. HAHA.
Sampai-sampai HKL, ambil nombor giliran untuk daftar dulu. Giliran sekarang: 1362. Giliran anda: 1522. Haaa. Hambeekk! Bayangkan lah seratus empat puluh sembilan punye turn lagi kitorang kena tunggu. Disebabkan makcik aku demam mengigil-gigil dan memang tak larat nak bangun ape semua, aku biar dia duduk jer lah dekat kerusi.
Then aku pergi isi lah borang-borang ape yang patut. Nasib jugak tak banyak benda yang kena isi. Maklumat-maklumat basic dari IC jer. Tuh pun nak isi ruangan umur makcik aku pun, aku siap keluarkan handphone tekan calculator kira umur makcik aku. HAHA. Kalau macammacam yang kena isi, pusing aku macam mane nak ambik maklumat-maklumat terperinci. @__@
Bagus borang, kau memang memahami aku. T.T
Lepas kurang lebih sejam tunggu turn, baru lah dapat pergi daftar. Lepas daftar kena pergi Bilik 32B pulak untuk cek Blood Pressure (BP) dengan Temperature. Dekat situ, tunggu dalam 20 minit jer kot kalau tak silap. Lepas abang tuh cek-cek, interview demam berapa hari, bile last makan ubat ape semua, kena pergi Bilik 30B pulak untuk ambik darah. Lepas ambik darah kena bawak pulak darah tuh pergi makmal dekat Bilik A.
Orang makmal cakap result darah siap setengah jam macam tuh. So, makcik aku ajak pergi makan dulu. Berjalanlah kami ke kafeteria. Aku makan nasi ayam dengan milo ais, makcik aku teringin soto and horlicks. Tapi horlicks takde, aku beli milo panas jer. Last-last due-due makan tak habis. Makcik aku logik lah jugak kan tak habis, sebab dia lost of appetite, tak de selera sangat lah. Yang aku? Sebab makanan dan minuman dia semua tawar. AHAHA.
Aku beli buah honeydew yang warna dia canteekk terbaekk pun rasanya tawar. Memang patut aku letak asam dua senduk tadi. HAHA. Aku redha jer lah, sebab dah nama makanan hospital kan. Maybe kena ada guideline sikit kot. HAHA.
Uaarrgghh. Tasteless food. |
Lepas ujian makmal, kena pergi balik Bilik 32B untuk jumpa doktor. Nasib tunggu sekejap jer. Masuk-masuk, doktor cek-cek, cakap-cakap, tanya-tanya dan settle. Keluar, kena pergi kaunter pulak untuk sahkan MC dua hari.
Lepas jumpa doktor, kena pergi farmasi pulak untuk ambil ubat. Kena ambik nombor giliran laaagiiii. Aku lemah betul bab-bab nak kena nombor giliran mau-mau nombor giliran yang berpuluh-puluh baru sampai turn kita. Nasib pharmacist situ bagus kot. Semuaa kaunter dia bukak, so, smooth and laju jer aku tunggu. Aku ambil ubat then balik. Agak happy yer di situ kerana semua urusan dah SELESAI.
Ohh yeaahh! Settle urusan Izzani di hospital hari nie! Syukur jugak makcik aku takde ape-ape. Darah semua okay. Cuma demam biasa jer. Dapat MC dua hari, happy lah dia! HEHE.
Ohh yer, tadi sementara tunggu nak jumpa doktor, ade sorang brother nie, sembang-sembang dengan makcik aku. Umur dia ade lah dalam early 20 jugak lah rasenye. Dia tanya-tanya lah dah demam berapa hari ape semua.
Dia cakap, "Saya dah demam dua hari. Bukan ape, saya macam-macam sakit ade. Dah lah demam, sakit badan ade, sakit jantung ade jugak. Nak pergi klinik, duit pulak lah takde. Nak tak nak datang HKL jer laah."
Alaaa. Sayunye dengar dia cakap macam tuh. Dah lah datang sendiri kan. Urus diri sendiri dalam tempoh yang lama kot nak tunggu. Yelah, nak pergi swasta, mau puluh-puluh jugak duit keluar. Nie pergi HKL, under government, bayar RM1 jer kot untuk register. Cuma nak tunggu jer lah yang lama.
Okay. Done for pagi tadi. Pukul 12 baru sampai rumah. Terus on laptop sebab takut lambat online dari waktu yang biasa. Dan dan on laptop sambil tertidur. Leteyh sangat lah tuh! AHAHA.
Woaahh! HKL tuh dah lah memang "kecik" sangat kan. Kejap nak kena pergi sini, kejap pergi sana. Turun lah berat badan aku macam nieh.
"Bagus jugak tuh. Wink wink!"
:)
Gambar ihsan Google. Thank you very very very much! Okay. Aku letih dah. Bye!
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.