Monday, June 13, 2011

Kentang scramble egg or Scramble egg kentang. Ape-ape jer laaah.

"Jom kite main masak-masak nak?"

Sambil kutip daun-daun bunge-bunge warna warni dekat laman rumah, main tumbuk-tumbuk pakai batu. AHAHA. Itu zaman umur satu digit lagi. Ini zaman umur dah meningkat dua digit, ditambah pulak dengan nombor 2 di depan bermakna memang tunggu nak masuk akil baligh zaman dewasa jer, tak boleh lah nak main masak-masak dah. Memang kau betul-betul kena masak dah. HAHA.

Aku cakap gaya macam aku nak masak ayam masak lemak cili api pedas berapi tambah gulai lemak kelapa bagai jer. Tak lah. Ibu dah masak sodap-sodap dah untuk lauk makan tengah hari terus sebelum gerak pergi office tadi.

Tapi aku bosan duduk sorang-sorang dalam rumah, aku main lah masak-masak. Dengan resepi, kentang scramble egg or scramble egg kentang or potato scramble egg, ikut lah korang mane-mane pun. Aku tak tau. HAHA.



Bahan-bahan nye ialah, kentang dua ketul, telur dua butir, minyak, dan garam.

Cara-caranya pula ialah :

1- Kupas kulit kentang dan potong bulat-bulat atau separuh bulat pun boleh. Jangan lupa basuh tau lepas dah kupas kulit die, kalau tak, eiuuu. T.T

2- Sambil kupas, boleh lah panaskan minyak di dalam kuali.

3- Bila minyak dah panas, masukkan kentang yang dikupas untuk digoreng. Goreng sampai die sedikit kuning. Seyes, sedikit jer. Kalau dah jadi coklat macam garing uh tak syok ahh.

4- Sambil menggoreng kentang, boleh lah pecahkan telur dan kacau pakai garfu atau yang macam spiral tuh. Masukkan garam sikit dalam telur.

5- Selepas kentang selesai digoreng, angkat dan letak dalam satu piring/pinggan/mangkuk.

6- Dengan minyak yang sama, masukkan telur, dan cepat-cepat scramble kan dia. Jangan tunggu dah jadi bulat, baru nak scramble. Tak syok ahh.

7- Tengah-tengah separa scramble, meaning, telur tuh still berair-air sikit, masukkan kentang yang digoreng tadi, dan kacau semuanya sekali sampai masak.

8- Dah masak, angkat. Dan siap.

Senang bukan? Seyes simple sesangat dah nie.

Ekceli, boleh jer kalau korang nak letak blackpepper ker, cheese ker, cili sikit ker, sayur pun boleh macam carrot etc. Ikut tekak masing-masing teringin rasa yang macam mana.

Aku tak letak blackpepper sebab nanti aku asik "aaaasyeeem!aaaasyeem!" jer. Bersin. Aku tak letak cheese sebab "i'm sorry, i'm not the cheesian". Aku tak letak cili sebab "oh noo! aku tak tahan pedas". Dan aku tak letak sayur sebab "opps! aku tak makan sayur."

Kalau ikut UKC-cafe dekat UIA tuh, diorang letak sosej sekali. Pun boleh jugak. Sedap jugak. Try laah.

p/s : Menu hidangan adalah untuk seorang yang bersaiz badan macam aku, yang akan makan berulang untuk tengah hari sebanyak dua kali. Sekian terima kasih.

1 comment:

  1. nmpk sedap je. mknan uia. lpas ni takde dah. :D

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.