Thursday, June 30, 2011

Halwa Telinga.

Entah kenapa semalam, hari bagaikan bersinar-sinar. AHAHA. Ceytt. Intro tak seronok langsung.

Okay. Lain-lain. Entah kenapa semalam, telinga rasa dahaga. Dahagakan bunyi-bunyi merdu, lunak-lunak suara manusia, dan sebagainya. Entah kenapa semalam, telinga terasa seperti sunyi. Sunyi dengan muzik-muzik seantaro dunia. Entah kenapa semalam, telinga terasa kosong. Baru aku sedar, rupanya aku sudah lama tinggalkan dunia hiburan. Dah lama aku tak pasang, dengar dan hayati lagu-lagu dengan semangatnya. Dan dah lama aku tak sumbat earphone dalam telinga. Patutlaah rasa kosong saja.

AHAHA. Pergghh. Ini intro memang mantap habis. Ayat nak canggih jer kan. hee.

Kalau boleh, aku memang tak nak cakap banyak. Serious tak nak cakap banyak.

Bruno Mars - Today My Life Begins

Meet Uncle Hussain ft. Hazama - Pokok

Cromok - Another You

TAMMAT

Nie bukan tak nak cakap banyak. Nie memang tak nak cakap langsung namenye. HAHA. Kesian korang, nanti korang blur, ape jadah yang Zany cube nak cerita, yer dok? HAHA.

Okay. Actually semalam aku tido sangat laah lambat sampai pukul 4.00 pagi sebab aku ada date dengan Uncle-Uncle Youtube nie laah. Telinga aku dah lama tak dengar lagu-lagu, maksud aku through earphone yang dicucukkan ke laptop atau pun handphone sambil pasang volume di tahap #lapanpuluhlima. AHAHA. Gilaaa.

Jadi, mula-mula aku decide nak download semuaaa lagu Bruno Mars dan sumbat dalam laptop aku. Settle download, aku dengar satu per satu dan aku rasa lagu yang paling buat aku rasa nak dengar sambil goyang-goyang tangan ke atas is as stated above. Semangat.

Then, tau lah kan, bila dah bukak Youtube, dia macam satu chain yang non-stop. Lepas bukak video nie, bukak video itu pulak. Ini semua disebabkan banyak-banyak video yang tersusun rapi di side belah kanan itu bukan. HAHA.

Sampai lah aku jumpa lagu POKOK. Dan aku suka :)

Orait. Move to Cromok. HAHA. Tengok lagu pun memang dah berdetik dalam hati kan, "Takkan lah Zany search lagu-lagu macam nie dalam Youtube. Itu lagu budak lelaki okayy". AHAHA. Ade pulak kan lagu budak lelaki budak perempuan?

Yup. Not me. Ini semua angkara Rahman yang sama-sama mengheret aku sehingga ke pukul empat pagi. AHAHA. Dia share banyak video, i mean lagu dekat aku semalam. Kenapa yang aku kata dia mengheret aku sehingga pagi tuh? Sebab, semuaaa video yang dia share BEST BRO! Ikhlas. Aku layan sampai terleka. Thanks bro.

"Kenapa tak tidur lagi, dah pukul berapa dah nieh."

"Ahaha. Tak tau lah kenapa tak tidur lagi. Dok ralit online layan Youtube".

Alamak. Tengok. Tadi siapa kata tak nak cakap banyak. Okay lah. Tak nak cakap dah. Sila play dan dengar. Lepas tuh 4shared macam aku. Kbai!

1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.