Wednesday, June 8, 2011

Kisah Home Tutor.

Assalamualaikum. Hai korang! *Sambil lambai-lambai tangan* \(.^_^.)

Orait. Hari nie aku just nak post entri pasal ape yang aku buat sepanjang malam semalam.

Woaah. Actually semalam kain baju banyak tak lipat lagi, yang dibasuh belum dijemur lagi. Memang banyak kerja rumah tak settle lagi sebenarnye. Tapi yelah, buat kerja rumah tak henti-henti pun buhsyan jugak. Yer dok?

Wah wah. Gaya aku cakap dah macam mak-mak dekat rumah dah. HAHA.

So, malam tadi aku dah mengexpose bakat yang terpendam aku selama nie. HAHA. Over! Ohh Tidak! Aku just jadi HOME TUTOR jer malam tadi. Pernah tengok channel 601? Channel Tutor TV. Itulah, asyik dok tengok channel orang besaq jer, sekali sekala jengah lah channel budak-budak nie jugak. =.="

"Channel 601 is particularly like my home tutor".

So now, maybe lah adik-adik aku akan cakap, "My Kaklong is particularly like my home tutor". AHAHA. Perasan ^___^


Opps! Ini bukan rancangan melukis lembu. Macam dalam channel 610 tuh. Cows and Crayon. Boleh-boleh semua benda dalam dunia dia tuh nak dijadikan lembu. Aku dengan adik aku selalu pertikaikan, APE MOTIF DIA?. HAHA.

Aku lukis lembu nie sebelum home tutor aku start jer. Aku tengah boringboring bosanbosan, dapat pensel dengan kertas cukup lah. Memang jadi lembu sudahnye. HAHA. Ada bakat jugak Izzani nie melukis yer.

Lukis LEMBU jer lah yang ade. HAHA.

Tengah-tengah aku lukis lembu, aku nampak kakngah tengah pening buat soalan English. Dan dengan tidak semena-mena,

Kakngah, take this and read it. His English is better I think. So, kalau nak buat cerita ker ape, boleh lah bace-bace sikit dari sini.

You know what is that?


YUP! A journal. And sambil-sambil kakngah baca, aku pun cerita lah dari mana datangnya journal. Dekat Taiping dulu semua kelas untuk subjek English wajib buat journal bla bla bla.... And ending die, "Kaklong punye journal tak tau hilang pergi mana ntah". HAHA.

Memang sampai habis kakngah baca.

"So, how is it?"

"Kelakar :)".

HAHA. See, you so funny dear. This is the reason why I always laugh sampai ketaq-ketaq kaki kan. AHAHA.

Then, the next one is home tutor dekat Affiq pulak. My another adik. Dia mintak untuk ajar dia Science. Dia nak ambil PMR this year. So, kena struggle berhempas-pulas berhiruk-pikuk bergelumang habis lah dengan buku-buku tahun nie. Tak kurang jugak asyik kena marah jer dengan kaklong dia nie sebab sangat malas nak buat nota, and jarang sangat nak stay up. HAHA. Kalau Affiq exam tahun nie, same lah dengan kakngah pun, dia akan ambil SPM tahun nie.

So, chapter Science kite pada hari ini, no no no!, bukan Reproductive System, tapi, Blood Circulation System. :)


Sedih. Whiteboard takde, conteng atas cermin pun boleeeh. T___T

HAHA. Okay. Entah ape rupa entah heart yang aku lukis. Yang pasti, black arrow is deoxygenated blood and red arrow is oxygenated blood.

Yang B-VC-RA-RV and so on tuh is full flow untuk blood dari segi shortform lah. And bawah sekali tuh,
Function:
Carry __________ blood from _________ to __________.
is cara mudah untuk jawab bila soalan tanya ape function vena cava, pulmonary artery, pulmonary vein and aorta.


Okay. Sekarang pasal Pulmonary Circulation dengan Systemic Circulation pulak. Nak tau full proses pasal nie just bukak buku Science form3 ker, Biology ker, pape lah. Yang kotak tengah tuh aku ajar Affiq, keypoint yang soalan selalu nak bila tanya pasal proses blood circulation nie.

Actually, ade lagi satu sub-topic yang aku ajar semalam. Pasal Type of Blood. Alah, yang standard lah blood type A, B, AB and O. Universal donor and recipients dengan Antigen and Antibody. Disebabkan Form 3 tak belajar too detail macam masa aku asasi, so, aku explain dekat Affiq secara detail sedikit, so that, dia tak lah kena hafal secara membuta tuli saja. Bila explain pasal detail sikit, baru lah kita boleh faham, why can this, why cannot this and all. Betul tak?

Aku just explain ape function Antigen and Antibody tuh and with that, aku boleh explain kenapa orang darah A tak boleh derma dekat orang darah B. Kenapa darah O tak boleh terima dari orang darah A, B, and AB. Why why and why. Baru lah terbuka sikit minda. HAHA.

Tiba-tiba abah masuk bilik study. "Nie ape benda conteng-conteng cermin nieh?"

Aku jawab, "Sebab takde whiteboard."

"Besok abah beli whiteboard."

Masing-masing SENYUM =]

Dan hari nie abah sampai-sampai jer rumah, tengok-tengok abah bawak balik sebijik whiteboard bersaiz luas gilaa. Memang syookkk! HAHA.

Entri nie bukan berniat nak tunjuk pandai ker ape tau. Serious, aku tak de lah pandai mane lagi-lagi dalam bab Bio sebab aku memang malas membaca. Opss! Hafal aku suka, baca kureng sikit. HEHE. Tapi, kalau setakat nak ajar adik-adik tuh, buleeeh laah. Benda basic-basic kan. Buleeeh laah. HAHA.

So, Affiq and Kakngah, tahun nie nak periksa BESAR. Bukan masa main-main dah. Trial dah nak dekat. Alang-alang kaklong cuti sampai September nie, gunakan lah khidmat kaklong sebaik mungkin kalau ada mana-mana tak paham. Dah jangan asyik nak makan McD jer sebulan tiga kali (pokai!). Nak exam elok makan masakan ibu jer. Cewah. HEHE. Study lah hard-hard okay. Memang lah kena study smart, tapi kalau tak cukup hard, how does it want to be smart kan?

Kaklong doakan adik-adik kaklong sentiasa berjaya. All the best dekat korang dua-dua. Abah dah beli whiteboard besaq tuh, jom kita main cikgu-cikgu hari-hari nak? HAHA. Izzah mesti nak. hee.

4 comments:

  1. wah3...akak yang mithali la izzani nie...pas ni bley la buka tuisyen kat umah ajar budak2...bley dapat side income tu..hehe

    ReplyDelete
  2. best nye main cikgu2. t'ingat zaman kanak2. :D

    ReplyDelete
  3. @sitinaqiahhudari
    ahaha, tau takpe. kaye lah kalau buat bisnes. tapi mmg tak lah kot. ajar adik 3 orang nie pun dah cukup mencabar dah. Bila diorang tanya soalan, aku tak dapat jawab, sogan laah. AHAHA.

    ReplyDelete
  4. @SITI NOORNADIYANA
    haha. laa. yana pun same ker selalu main cikgu2. same lah kite! AHAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.