Monday, June 27, 2011

Hari-hari.

Satu dua hari dah Zany tak update blog. Aku rasa ayat tuh tak menarik lah. Ayat yang bagus macam nie, Satu, dua hari JERRR Zany tak update blog. HAHA.

Aku macam dah ketandusan idea sekejap lah nak cerita apa lagi dekat sini. Ishh. Kalau banyak idea tuh, sehari tiga empat entri aku hapdate. Nie bila idea dah tandus, harem tak hapdate ape-ape. AHAHA. Takde idea idea idea!

Lagi pulak, setakat hari ini, aku menjalani kehidupan macam biasa, awesome dan bahagia. Macam yang aku dah cerita-cerita dalam entri-entri sebelum nie. Jadinya, setakat hari ini, aku macam takde lagi benda yang bila aku melalui adegan itu, dengan pantasnya sel-sel otak berhubung dan menghantarkan maklumat yang buat aku respond seperti, "Woww! Adegan ini sangat hebat hari ini. Wajib letak di belog supaya satu Malaysia tahu aku sedang menghadapi adegan yang superb seperti ini." HAHA. Sangat takde buat mase ini.

Kehidupan aku hari-hari bangun tidur, masak nasik, basuh pinggan, online, skype, tengok TV, baca komik, gosok baju abah dan tidur semula. Ahh. Itu sangat bahagia okay. Bukan apa. Aku lebih merasakan kerja-kerja rumah lagi memerlukan aku berbanding kerja-kerja seperti cashier, pembantu klinik, pelayan kedai makan, etc. yang ada di dunia luar sana.

Ohh ya! Hari ini adalah permulaan untuk sedikit kelainan kerana aku sudah pun perlu, patut dan harus menghantar dan mengambil adik-adik aku ke dan dari sekolah. Yeahh! Itu tugas baru dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelajar Jurusan Ijazah Pergigian yang sedang bercuti panjang gile. Terasa sedikit ceria bila dapat tugas baru. Barulah tak rasa macam, "ohh kenapa hari-hari asyik buat kerja yang sama".

Tapi tapi tapi! Aku rasa aku tak patut cakap macam tuh. Aku ada satu ayat yang buat manusia memang tak patut mengeluh dengan kerja-kerja harian yang kita sedang buat. Yelah. Kalau nak hari-hari kerja yang lain, lebih baik hari ini kau jadi cikgu, esok kau jadi pegawai bank, luse kau jadi tukang urut dan tulat kau jadi boss. Baru dapat rasa kerja lain-lain kan. Tapi, ade ker kehidupan macam tuh?

The work done may be the same, but people we meet are different.

So, it is really worth when we are at the same position everyday sebab walaupun kerja yang kita buat tuh sama, tapi, pengalaman-pengalaman, jenis-jenis kerja, dokumen-dokumen, orang-orang yang kita jumpa adalah berbeza.

Ini adalah umum. Bukan khas untuk pencuti tegar macam aku sahaja okay. HAHA.

Ohh. Entry ini sangat bosan kerana tiada gambar-gambar menarik diselitkan. Okay. Mari aku sajikan korang dengan sebijik gambar yang paling kiut di dunia. AHAHA!


Nak menikmati makanan memang kalau boleh muka-muka sekali nak masuk dalam mangkuk kan. Barulah dapat rasa, "Woww! Lazatnya makanan ini dan ia memang sangat kaww kaww." HAHA!

Orait. Kbai! :)

6 comments:

  1. wah2.. bersungguh-sungguh makan yer~.. hehe~
    gary follow cne yer~.. jom vote blog gary dalam pertandingan blog kreatif..

    ReplyDelete
  2. haaha..samela kita zani, suri rumah tangga..:')

    ReplyDelete
  3. tapi mangkuk secret recipe mmg besar gle. saiz muke. haha. :D

    ReplyDelete
  4. @GaRy™
    AHAHA. Yup. Makan memang kena bersungguh. Owh. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. @SITI NOORNADIYANA
    AHAHA. Tulaa. Tuh yang kalau boleh dengan muka-muka sekali nak masuk dalam mangkuk. HAHA.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.