Wednesday, June 22, 2011

Kisah.

Ingatan yang pernah datang
Pergilah kau dari sini
Janganlah kau datang lagi
Aku tak mahu disakiti
Dan aku tak mahu menyakiti
Air mata aku, aku sangat hargai
Biarlah ia jatuh hanya pada tempat yang pasti.


Ingatan,
Dikau bukan mimpi ngeri
Bukan juga aku benci
Cuma aku pernah rasa sakit
Sakit kerana kau datang pada saat bahagia yang aku idami.


Aku pohon,
Tolong jangan datang lagi
Aku memang nampak teguh
Memang tiada langsung tanda-tanda rapuh
Tapi siapa tahu dalam diri aku
Dalam diri yang terus berjuang
Untuk mencari gelak tawa yang hilang.

Ya Allah, elakkan aku dari sifat kejam. Elakkan aku dari perasaan benci. Elakkan aku dari rasa putus asa. Tapi, kau tambahkan lah sifat tabah. Kau tambahkan lah perasaan gembira. Dan kau tambahkan lah rasa sabar. Aku memang tidak berdaya, tapi, selagi mampu, aku akan cuba. InsyaAllah.

1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.