Saturday, July 2, 2011

Entri permulaan Julai biar berisi.

Assalamualaikum.

Biarlah aku mulakan entri Julai dengan pengisian yang baik. Dengan harapan, hari-hari aku yang mendatang akan lebih baik, akan lebih selesa dan lebih tenang.

"Imam Muda. Sebuah program realiti  pemecah tradisi yang menyaksikan perjalanan anak muda tempatan dalam mengejar satu impian", kata Ustaz Hj. Dzulkarnain.

OkayOkay. Memandangkan semua orang pun tengok, semua orang pun tau, macam mana rancangan tuh tadi. Dan aku pun bukan lah nak buat review nak #komenkomen bagai. Aku cuma nak petik serba sedikit daripada apa yang aku lihat dari mata aku secara kasarnya.

Secara keseluruhannya, apa yang aku boleh cakap, aku tersentuh. Tersentuh bukan tahap biasa-biasa, tapi sampai tahap menitiskan air mata.  Yup. Aku mengaku, sebagai perempuan, bukan sekadar perempuan, tapi sebagai perempuan yang mempunyai hati yang agak lembut, memang mudah untuk menitiskan air mata. Tapi, kita kena ingat, air mata itu bukan dititiskan secara sengaja melainkan ia betul-betul datang dan hinggap dalam hati.

*Amboi ayat. HAHA.

Satu. Aku tersentuh bila tengok hubungan antara ibu bapa dan anak. Kawan-kawan, kalau kita tengok tadi, sampai-sampai jer Imam Muda dekat kampung halaman, tangan siapa yang mereka cari dulu? Ibu dan bapa. Ya betul! Pandai! HEHE. Yang aku tersentuhnya masa part Imam Muda Hassan. Beliau dah jadi anak yatim sejak dari umur 7 tahun lagi. Nampak kan betapa dia sayangkan ibu dia. Dia peluk ibu dia. Ibu dia nangis dekat bahu dia. Wah. Dan sebelum pulang, beliau tak lupa untuk melawat kubur arwah abah beliau. Beliau menangis, aku juga menitis.

Lagi satu. Aku nak petik adegan bila Imam Muda Nazrul nak balik, anak dia kecik lagi, dalam 2/3 tahun lagi, menangis. Sambil menangis, dia lambai dekat Imam Muda sambil berkata, "Ayah..Ayah..". Atok die yang pujuk, "Ayah pergi kerja yer. Ayah pergi kerja.." Waau. Memang syahdu.



Kedua. Hubungan antara suami isteri. Memandangkan aku masih lagi bawah umur, dan sudah tentu aku masih belum nampak jelas dan nyata lagi macam mana kehidupan bila bergelar suami isteri (suatu hari nanti, InsyaAllah =] ), tapi, apa yang aku lihat tadi, dari mata kasar aku sendiri, ia seperti indah. Sekali lagi saya ulang, melalu pemerhatian mata kasar. Adegan itu adalah semasa Imam Muda Nazrul mencium dahi isteri beliau sebelum berangkat ke KL. Soo sweeet :)

Aku ingat lagi, masa awal-awal buat blog, masa zaman orang tag-tag suruh jawab soalan panjang berjela. Aku ingat lagi salah satu soalan itu, "Berapa lama anda rasa hubungan kamu akan berkekalan?". Dan andai kata hari ini ada lagi soalan macam ini dekat aku, jawapan aku tetap sama, "Biar sampai tua. Biar sampai bila-bila". (.^_^.)


Ketiga. Hubungan antara guru (mursyid dan mudir) dengan pelajar. Boleh nampak kan betapa kasihnya tenaga pengajar dekat anak murid mereka. Dan yang paling bagus. Langsung tiada istilah pilih kasih. Bila mursyid dan mudir cakap atau puji Imam Muda, mereka merujuk kepada semua Imam Muda, bukan hanya pada si juara atau pun si naib juara.



Dan yang terakhir sekali, hubungan sesama sahabat. Cop. Awal-awal aku tekan kan, sesama sahabat satu jantina. Jangan salah faham. Jangan ingat kita ada satu kumpulan campur gaul, kita kena akrab pada tahap yang sama. Tidak. Secara jujur, aku yang dulu memang macam tuh. Aku suka kawan dengan budak lelaki, gelak-gelak dengan diorang, lepak-lepak, sembang-sembang, sebab bagi aku diorang sangat sempoi. Tapi jangan risau, aurat, tepuk tampar itu semua aku masih jaga. Taiping, mula ubah aku sedikit demi sedikit. Aku dapat kawan macam Aisyah Mokhtar, dan classmate-classmate yang lain. Pandai jaga diri dan ada rasa malu pada lelaki. Sekali lagi, aku bersyukur, aku masuk UIA, aku dapat kawan macam Ayuni, Hanis, Ella, Pah, Uya, Najla, Wani, Yana, Bella. Semua bagus-bagus. Lagi satu, bila aku sedar ada hati di luar sana yang aku perlu jaga, aku perlu tukar. Dan sebab yang utama, aku tak nak bagi malu Ibu dan Abah tak kira Ibu dan Abah sendiri atau bakal. Dua-dua pihak aku nak jaga.

Ishh. Aku sampai mana dah nie. HAHA. Jadi, untuk kawan-kawan lelaki aku di luar sana, yang aku kenal di sekolah Kiaramas ker, Putrajaya ker, Segambut, UIA, Taiping atau mana-mana sajalah, mungkin ada yang kata Izzani sombong atau apa. Tapi, percayalah, apa-apa pun kita tetap kawan. Korang contact, aku angkat. Korang message, aku balas. Korang nak ajak gather, aku datang. Tapi, biar berbatas. Aku tak nak kecilkan hati orang-orang yang aku sayang. Serious. Sekali terkecil, kesan tuh akan tinggal kan. Itu yang aku tak nak. Okay guys! :)

HAHA. Okay. Izzani sedikit kelaut. =.="

Isi dia simple jer. Aku terharu tengok ukhwah sesama Imam Muda. Diorang memang macam kawan yang kamcing gila. Tolong satu sama lain. Support satu sama lain. Dan sentiasa merendah diri. Itu yang aku suka. Itu saje :)

Disebabkan ini adalah entri pengisian, jadi, harap maaf lah jika terpanjang sedikit yer. Korang kenal kan Izzani. Entri dia memang payah nak pendek-pendek lima enam baris. Mungkin ada, tapi jarang. HAHA.

Korang, Izzani dah pasang balik function LIKE button untuk Facebook. So, kalau suka dengan entri yang panjang berjela macam nie, click! saja okay. Kbai!

4 comments:

  1. hope you'll get wat you want in ur life izzani..;)

    semoga persahabatan kita kekal..insyaAllah..:)

    p/s: glad to be one of ur friend cuz u r zany! (a funny person :D)

    ReplyDelete
  2. @bella H
    orait. u too dr. bella-to-be. hehe.

    insyAllah. semoga persahabatan kite kekal yer. :)

    AHAHA. yup. orang yang sangat lucu *tapi tak lah lucu sangat pun*. AHAHA.

    ReplyDelete
  3. @ンジュラ
    Eyh, knp ckp mcm tuh. You are one of my great friends najla. Seriously.

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.